Lokasi Kilang Dan Bengkel




LOKASI BARU BENGKEL = Berhampiran Wetland Dengkil dan Taman Topaz Dengkil





Untuk membuat sebarang perjumpaan, sila membuat 'appointment' terlebih dahulu untuk memudahkan pihak kami dan anda untuk berurusan. Sila hubungi no tertera untuk membuat 'appointment' atau perjumpaan.

Hj Isa : +60127986909 whatsapp / viber / call / sms
Hajjah : +60126588744 whatsapp / call /sms


Email : hjisabnu29@gmail.com

Wednesday, 30 October 2013

Raja kayu putih dan raja kayu merah

 
Ini adalah raja kayu putih. White King wood yg selalu kita lihat adalah raja kayu merah dan untuk menguji keaslian raja kayu merah kita letakkan lampu dibelakang dan tembus cahaya. Raja kayu putih berwarna putih juga dan tembus cahaya bila disuloh.
 
 
Ini adalah Raja kayu merah sebelah kiri dan raja kayu putih sebelah kanan dan kedua2 kayu ini tembus cahaya.
Raja kayu terbahagi kepada dua , iaitu raja kayu merah dan putih. Raja kayu putih lebih sukar didapati berbanding raja kayu merah ( bukan kayu damar minyak). Raja kayu jika dibakar tidak mengeluarkan buaih atau minyak seperti kayu damar minyak.
 
Sesiapa memerlukan kepingan raja kayu putih atau merah sila hubungi hj 0127986909 atau whatsapp beliau
 
 
 

Tuesday, 22 October 2013

Mini Workshop Ku

 
Mini workshop ku untuk membuat kerje2 kayu dan sebagainya.
 
1. Metal Lathe Machine 9"
2. Wood lathe machine 1 meter
3. Table Saw
4. Table Belt sanding machine
5. Micro lathe machine
6. Band saw Makita 16"
7. Circular saw
8. Jig saw
9. Grinder
10. Drill
11. Tasbih Machine
 
 
 
 
Sebuah mesin Metal Lathe jenama dari Canada ni begitu teguh dan mengujakan kalbu dapat jugak berkhidmat dgn ku...
 
 
Bahagian dalaman mesin ni yg masih utuh dgn besi yg begitu solid
 
 
Proses menurunkan mesin lathe ke rumah ku
 
 
 
Band saw 16"
 
 
My Tasbih Machine
 
  
 
 
Turning chisel
 
 
 
1 meter wood lathe
 
 
9" utilathe canada
 

Monday, 21 October 2013

khidmat potong kayu dan belah kayu


Setelah saya memperolehi band saw Makita tahun 1988 baru2 ni maka terfikir pula nak membuat sampir keris separuh siap dan akan dijual kepada peminat keris untuk memudahkan tukang sampir membuatnya.


Dengan bantuan mesin nilah saya dpt membelah dan memotong kayu2 saya utk menjadikan produk. Sesiapa yg memerlukan khidmat pemotongan kayu sila dating ke dengkil dan saya akan belah atau potong ikut kesesuaian pelanggamn dgn kadar yg berpatutan. Makita 16" dgn 2 hp motor ni sangat sesuai utk membelah kayu balak ukuran 12 " kebawah.

 
 
Perkhidmatan membelah atau memotong kayu ikut bentuk pelanggan mula diperkenalkan dgn kadar berpatutan. Sila hubungi Hj 0127986909 utk mengetahui lebih lanjut. atau whatsapp beliau.
 
 
Kayu gemunggal pokok hidup yg telah dibelah.
 
 

Sampir Banir kayu kemuning emas

 
Hanya mereka yg meminati dan mengerti akan keindahan ciptaan illahi. Setelah sekian lama saya memiliki banir ni barulah dpt saya membelahnya dan subhanaullah sangat cantik....
 
 
 
 
Sesiapa berminat dgn banir kemuning emas ini boleh hubungi hj 0127986909 atau whatsapp beliau
 

Tasbih 11 teras kayu terpilih



Tempahan sahabat dari seri Iskandar ni begitu lama saya nak menyiapkan hamper 2 minggu baru dpt siap satu tasbih huhuhu dgn pilihan kayu teras terpilih seperti

1. Kayu Menang
2. Kayu kelor gred aaa
3. Kayu Kemuning emas
4. Kayu penawar hitam
5. Kayu Kemuning hitam
6. Kayu nibong tunggal
7. Raja kayu putih
8. Buloh Tumpat
9. Nagasari dari Jember
10. Penunduk gajah
11. Raja kayu merah

Dengan imam dibuat dari kelor dan dari hasil isteri hamba yg begitu setia melayan kerenah hobi hamba ni maka terhasil jugalah tasbih 12mm 33 biji dengan 11 jenis teras terpilih.

Isteri saya yg sedang tekun menyiapkan imam tasbih
 
 
Diantara alat2 yg digunakan utk menyambung dan menebuk lubang biji tasbih
 
 
Diantara contoh bilal dan imam tasbih yg ni kayu kemuning hitam
 
Imam kayu menang yg cantik menawan
 

Sesiapa yg ingin menempah tasbih kayu2  terpilih ini sila hubungi Hj Isa di talian 0127986909 dan lokasi beliau adalah di Dengkil berhampiran CIMB Bank Dengkil. Taman Nilam. Boleh call atau whatsapp sahaja.

 

Thursday, 10 October 2013

Teras Gemunggal Merah

 
Alhamdulillah dengan pemberian dari sahabat hamba dgn hanya membayar harga kos dia maka dpt lah saya mempunyai koleksi gemunggal merah ni.
 
 
Apabila saya masukkan dlm baling air ni kayu tersebut tenggelam dan dirasakan ketumpatan density nya melebihi dari satu ni atau 1.55
 
 
 
Sesiapa yg berkehendakkan kayu ini sila hubungi hj 0127986909 atau whatsapp beliau
 
 
 

Sunday, 6 October 2013

Kayu Teras Kelor Combong (Berlubang)

 
 
 
 

Sold

Ini adalah merupakan kayu teras kelor yg Combong alami atau semulajadi yg tertanam dipertut bumi entah berapa lama dan telah diuji oleh sahabat saya dengan menyembur serbuk cili ke matanya dah Alhamdulillah tiada kecederaan atau kesakitan yg dialami olehnya semuanya adalah diatas kekuasaan nya belaka..
 

Sold

 
Satu lagi teras kelor combing atau berlubang yg menjadi simpanan saya dan kayu teras kelor ini telah tertanam dalam Tanah dan terbakar diatasnya tetapi akar ini tidak lut dik api tersebut dan masih utuh walaupun tertanam begitu lama dan yg tinggal hanya bekar terbakar diselaput kulit sahaja dan dibahagian dalamnya masih utuh.
 
 

 

 

Pencarian dan pemburuan kayu2 eksotik Malaysia


Saya sedang memunggah hasil pencarian kayu2 eksotik di sekitar Pahang dan Perak untuk memenuhi permintaan pelanggan yg semakin bertambah dan pencarian kayu2 ini begitu mengujakan sambil menikmati perjalanan dan keindahan alam santai sambil mencari.

Sila hubungi Hj Isa untuk menempah atau mencari kayu2 eksotik yg lain di talian 012-7986909 atau whatsapp beliau

Pokok Kemuning


Pokok Kemuning merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Murraya paniculata [1]
Pokok Kemuning merupakan pokok yang setinggi 3 – 7 m, berbatang pendek, berdaun rimbun dan memberi manfaat sebagai tanaman pagar. Tanaman ini berbunga terus-menerus sepanjang tahun. Warna bunga ini pada peringkat awal ialah kehijau-hijauan dan setelah mekar penuh ia bertukar putih bersih.
Kayu Kemuning berwarna kuning agak kecoklatan dan sering kali digunakan bagi membuat sarung keris.
 
Saya yg sedang bergaya dengan pokok kemuning yg tumbuh segar di sekitar candi borobodur Jogjakarta
 
 
Salah satu keindahan dan keunikan kayu kemuning emas
 
 
Bunga kemuning yg akan mengeluarkan bau harum yg begitu kuat sekali sehingga semerbak keseluruhan rumah sekiranya pokok ini berbunga.
 
 
 

Pokok Nagasari

 
Ini adalah merupakan pokok kayu Nagasari yg begitu popular di Indonesia dan di Malaysia dikenali sebagai Pokok Penaga
 
 
Mesua ferrea (Ceylon ironwood, Indian rose chestnut, or Cobra's saffron), is a species in the family Calophyllaceae. This slow-growing tree is named after the heaviness and hardness of its timber. It is widely cultivated as an ornamental due to its graceful shape, grayish-green foliage with a beautiful pink to red flush of drooping young leaves, and large, fragrant white flowers. It is native to wet, tropical parts of Sri Lanka, India, southern Nepal, Burma, Thailand, Indochina, the Philippines, Malaysia and Sumatra, where it grows in evergreen forests, especially in river valleys. In the eastern Himalayas and Western Ghats in India it grows up to altitudes of 1500 meters, while in Sri Lanka up to 1000 meters.[
 
As the English name indicates, the wood of this tree is very heavy, hard and strong. The density is 940 to 1,195 kg/m3 (59 to 75 lb/ft3) at 15% moisture content. The colour is deep dark red. It is hard to saw and is mainly used for railroad ties and heavy structural timber. [4] In Sri Lanka the pillars of the 14th century Embekke Shrine near Kandy are made of iron tree wood.[5]
The flowers, leaves, seeds and roots have medicinal properties and are used as herbal medicines in India, Malaysia, etc. [6] and in Nag Champa incence sticks

 
 
Bunga Nagasari
 
 


 

Tuesday, 1 October 2013

Kerusi kayu Merbau

 
 
Kerusi dari kayu ketulan merbau...berat cantik dan menawan sekiranya berminat sila hubungi hj 0127986909

SOLD

Tempahan Butiran Kayu Tasbih campuran kayu teras terbaik

 
 

Butiran tasbih kayu cendana hitam yg sagatlah harum baunya saiz 12mm


Butiran tasbih kayu teras kelor gred AAA hitam saiz 12mm

 
Butiran tasbih kayu kemuning emas saiz 12mm
 
 
Butiran tasbih kayu menang atau kayu laka saiz 12mm
 
 
Butiran tasbih kayu penawar hitam / black gold saiz 12mm
 
 
 
 
 
 
 
Membelah raja kayu yg teramatlah keras dan perlukan kesabaran sebelum menjadi butiran gelang atau tasbih
 
 
 
 
 Kepingan Raja kayu damar minyak akan menghasilkan habuk yg bila disapu ke badan kita akan meresap dan hilang untuk menghilangkan sengal2 sendi

Sesiapa yg memerlukan biji tasbih kayu campuran utk gelang 18 biji atau tasbih 33 atau 99 sila hubungi hj isa 0127986909 atau whatsapp beliau