Lokasi Kilang Dan Bengkel




LOKASI BARU BENGKEL = Berhampiran Wetland Dengkil dan Taman Topaz Dengkil





Untuk membuat sebarang perjumpaan, sila membuat 'appointment' terlebih dahulu untuk memudahkan pihak kami dan anda untuk berurusan. Sila hubungi no tertera untuk membuat 'appointment' atau perjumpaan.

Hj Isa : +60127986909 whatsapp / viber / call / sms
Hajjah : +60126588744 whatsapp / call /sms


Email : hjisabnu29@gmail.com

Tuesday, 31 May 2016

Hapuskan Stress Furniture Hunting dengan Custom Made Furniture Design

Haaa...macam mana? Pa pe pon, kita mulakan post hari ini dengan ucapan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah syukur nikmat, kami mendapat tempahan untuk membuat perabot lagi. Setakat ini, banyak tempahan untuk perabot. Maklumlah, lebih ramai yang prefer custom made design berbanding beli perabot yang ready made.

Bukan sebab yang ready made tu tak cantik, cantik je, elok je...tapi.... Most of the time terbesar lah, terkecik lah, nak letak tu tak muat lah, nak letak ni tak muat lah. Lagi rasa tak syok kalau dah pegi banyak kedai tapi tak de pulak kaler yang berkenan. Hmm....

Aaaaaaaaaa.....Stresss mak!

(Adegan sebenar ye...hari tu punye cerita, punye la payah nak cari side table yg betul-betul size tu, pastu nak kaler tu jugak sbb nak matching kan warnanya dengan tema living room. Cari-cari tak jumpa. Last- last pi beli je apa yg ada. Tu cerita zaman dulu.

Kalau zaman sekarang? Semua online. Browse aje Lazada ke, Mudah.my ke, 11Street ke...kalau jumpa the exact match dgn yang kita nk tu, gembiralah hati. Kalau takde, monyok je sampai esok pagi..haha)

So, moral of the story is, untuk mengelakkan stress dan monyok yang berpanjangan, apa kata consider untuk tempah aje perabot yg dihajati itu - dgn kami semestinya!

Anyway, back to tempahan perabot custom made design yang kami terima. Perabot-perabot inilah yg kami usahakan sekarang, sama ada yg telah/hampir siap:

Unik kan? Seunik si customer mungkin?
Close-up view

Close-up view
Meja ngeteh yang lain dari yang lain.

Meja ngeteh yang simple, muat 6-8 orang untuk borak-borak atau group discussion.

Yang ini pulak meja untuk tukang jahit. Senang nak ukur kain & gunting kain atas meja ni. Rak kat sebelah tu pulak senang nak organize kain yg dah potong ataupun barang-barang jahitan.

Dah, tak mau stress-stress. Bagi je design perabot apa yang anda nak, kaler ape, size apa, KWM akan usahakan untuk anda. Yang penting harga kami affordable, anda pon tak susah hati. ;)

Dial number ni untuk keterangan lanjut okay:

Haji: 012.798.6909
Hajjah:012.658.8744
Sara: 011.1195.7717
Firdaus:013.202.3420

Monday, 30 May 2016

Siapa suka tanam pokok angkat tangan!

Siapa yang nak tanam pokok, tapi kawasan rumah tak cukup luas, raise both hands!

Saya! (Sambil angkat semua tangan) Hehe...

Hmmm....kdg-kdg tu rasa geram je nak tanam semua jenis pokok tapi apakan daya, rumah sempit (bercakap berdasarkan pengalaman). Well, ruang ni memang merupakan satu faktor utama kenapa anda tak boleh nk tanam pokok banyak-banyak dalam kawasan rumah sendiri. Tapi itu tak bermakna anda perlu pindah rumah. Relaks dulu..., KWM ada jln penyelesaiannya. *wink*

Tengok customer tetap kitaorang ni, bagaimana beliau tackle permasalahan ini - dengan menempah rak pokok bertingkat-tingkat. Haaa..bukan mangkuk aje yang bertingkat-tingkat, nk tanam pokok pon boleh bertingkat skarang ni tau.


Inilah dia rak pokok bertingkat-tingkat yang disebut-sebut tadi. Boleh juga digunakan untuk letak barang-barang gardening.

 Pemandangan serba hijau herba-herba diatas rak yang ditanam oleh isteri tercinta. Bukan setakat herba sahaja, malah ada pokok tin yg di tanam di belakang rumah. Sesiapa yang berminat nak tanam pokok tin ataupon nk beli pokok herba,jemput-jemputlah wassap Hajjah untuk lebih info!

Lagi satu jenis rak yg ditempah oleh customer. Sesuai untuk tanam anak pokok terutamanya. Juga sgt sesuai untuk yg tinggal di apartment with limited space tapi masih gigih dan bersemangat nak tanam pokok jugak!

Berminat nak tanam pokok dan selesaikan masalah kekurangan ruang untuk tanam pokok? Sila hubungi kami: 
Haji: 012.798.6909
Hajjah:012.658.8744
Sara: 011.1195.7717
Firdaus:013.202.3420

Sunday, 29 May 2016

Siapa kata kayu tak boleh buat hantaran?

Tak dak sapa kata tak boleh. Kalau hang nak try, try la... Kami ada banyak stok! Hehe....

Di kilang KWM skarang ni, tak putus-putus order untuk dulang hantaran. Kalau kat kedai-kedai barang hantaran kahwin, kebanyakkan dulang ni pakai plastik, tak pon besi (maybe). Dah lama tak kahwin, so..x berapa nak pasti. Ops!

Uniknya dulang hantaran buatan KWM ni adalah, kami menggunakan kayu. Sangat rare bukan? Kalau sebelum ni kita pakai yang plastik/besi yang dah sokmo-sokmo nampak kat kedai-kedai tu, apa kata skarang ni kita ubah perspektif para tetamu dan impress-kan besan terutamanya dengan menggunakan dulang menggunakan kayu. (make sure niat bukan nak riak ye :) hehe...).

Pasti dalam hati, besan akan berkata WOW dan tetamu pula akan tertanya-tanya "depa bli kat mana ni? Nak tiru lah lain kali".




Haaa.. nampak tak design dulang hantaran ni? Simple je tapi menarik. Ada dua tone kayu yang kontra tu yang membuat kan dulang ni pops up dari yang biasa kita lihat kat kedai-kedai mahupun majlis-majlis pertunangan/pernikahan. Bukan itu je, since the design is very simple and minimal, hias sikit je dah umph! Tak payah la kita nak hias teruk-teruk; nak taruk manik la, labuci la, bunga daun semua bagai. Kalau gamnye melekat tak pe jugak, ni dan dan nak tukaq hantaran, dan dan tu la bunga tercabut, manik pulak berteraboq.. adoi mak.. pening!

Kalau hang tak nak pening-pening, jom la calling-calling ataupun whatsapp kami dan teruslah membuat tempahan kepada:

Sara: 011-1195 7717, Haji 012-798 6909 Hajjah 012-658 8744 atau Firdaus 013-202 3420.


Kepala tak pening, kenduri pon enjoy!


Saturday, 28 May 2016

Tempahan Katil Bayi dan Rocking Crib

Seperti biasa, kilang kami sibuk menyiapkan tempahan-tempahan customer kami. Kali ini kami mendapat tempahan khas dari rakan Syafiq (anak) untuk membuat katil bayi (baby cot). Katil yang sempurna untuk nurseri bayi anda adalah penting, Ini adalah kerana bayi  anda akan menghabiskan lebih banyak masa sendirian di katil berbanding tempat lain. 

Side wall pada katil bayi ini boleh diturunkan. (gambar akan di update nanti) Tujuannya, apabila bayi besar nanti - dan boleh berjalan,, bolehlah dubahsua menjadi katil.





Customer meminta kemasan berwarna kelabu (gambar juga akan di update nanti.) Kami boleh customize permintaan customer untuk membuat  berbagai-bagai jenis katil serta kemasan warna yang berbeza untuk memenuhi semua citarasa dan bajet. Yang penting, customer happy!

07/06/2016: Seperti yang dijanjikan, update gambar baby cot in grey:

Cantik kan? Sedia untuk penghantaran!



Rocking Crib untuk Aqiqah atau buai

Seperti yang pernah kami update sebelum ini, kami pernah membuat rocking crib yang comel ini, sesuai untuk dijadikan buai di dalam rumah ataupun aqiqah. Kami pernah menerima beberapa tempahan untuk rocking crib ini bagi tujuan majlis Aqiqah.

Rocking crib untuk cucu baru lahir. Kebetulan pula tilam kekabu ini muat-muat sahaja diletakkan didalamnya. 

Tempahan rocking crib di kilang.


Comel kan? Jikalau berminat untuk tempahan, sila hubungi mana-mana nombor berikut:

Sara: 011-1195 7717, Haji 012-798 6909 Hajjah 012-658 8744 atau Firdaus 013-202 3420.

Wednesday, 18 May 2016

Pameran smidex 2016 KLCC

Alhamdulillah selama 3 hari kita berada di klcc convention centre menyertai pameran Malaysian Capabilities anjuran MITI dan SME Corp
Dengan penampilan pertama kali di pameran yg bersifat international ini diharapkan KWM Craft akan lebih berkembang maju dan maju....aaminn
Salah seorang pengunjung booth dari Japan
Dengan adanya pendedahan ini kepada masyarakat dunia maka akan lebih dikenali dan pasaran perkayuan eksotik dan produk eksotik malaysia akan ke dunia

Kami menyediakan perkhidmatan seperti berikut:
1. Membuat mimbar kayu custom
2. Membuat cokmar masjid
3. Membuat pen dari kayu2 eksotik
4. Membina perabut tempahan khas
5. Mengendalikan kursus2 woodworking
6. Kursus ukiran kayu asas
7. Kursus melarik kayu
8. Menjual herba berasaskan kayu
9. Membuat panel kayu islamic pattern


Sekiranya ada yg berminat dengan perkhidmatan yg kami sediakan sila hubungi Hj Isa 0127986909
atau firdaus 0132023420 atau whatsapp