Lokasi Kilang Dan Bengkel




LOKASI BARU BENGKEL = Berhampiran Wetland Dengkil dan Taman Topaz Dengkil





Untuk membuat sebarang perjumpaan, sila membuat 'appointment' terlebih dahulu untuk memudahkan pihak kami dan anda untuk berurusan. Sila hubungi no tertera untuk membuat 'appointment' atau perjumpaan.

Hj Isa : +60127986909 whatsapp / viber / call / sms
Hajjah : +60126588744 whatsapp / call /sms


Email : hjisabnu29@gmail.com

Friday, 24 June 2016

Status Seni Ukiran Kayu Abad ke-21

Ukiran kayu ataupun wood carving merupakan salah satu dari cabang-cabang seni yang mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Bak kata cikgu-cikgu kat sekolah, aktiviti mengukir kayu ini memerlukan si pengukir berfikir secara kritis dan kreatif. Betul tak cikgu? :)

Ramai yang beranggapan bahawa seni ukiran kayu ni dah lapuk, tak pun dah ketinggalan zaman, tak selari dengan arus pemodenan zaman sekarang ni. Ye ke? I don't think so.......

Kalau diikutkan, seni ukiran kayu ni, ada fan yang tersendiri, especially  mereka yang tahu menghargai seni. Pendapat sy ini disokong dengan tempahan-tempahan yang diminta oleh customer kami sampai tak menang tangan, dan juga permintaan di web blog rakan-rakan seperjuangan. Pernah saya lihat, seorang pengukir kayu yang juga ber-blogging mendapat kunjungan hampir dari dua juta audience. So, siapa kata seni ukiran kayu tak laku beb? Heee...


Salah satu daripada projek-projek ukiran kayu kami adalah pada peralatan masjid seperti dalam gambar diatas. Perkara yang paling saya suka mengenai ukiran ini (mahupun ukiran kayu yg lain) ialah, the curves - they are sexy! Nampak tak cara kayu itu dibentuk dengan penuh teliti, corak timbul yang bagi saya nampak perfect, ukiran bermotifkan tradisonal, warna kayu yang unik - semua ini buat saya teruja apabila melihat hasil ukiran kayu. Terasa ada satu kepuasan melihat ukiran yang kompleks dibentuk dengan penuh teliti dan penuh kasih sayang dengan menggunakan kayu-kayan dibumi Allah ini. 



Beginilah rupanya apabila dah siap. Cantik kan?




 Yang ini pulak, projek buat kerusi penceramah berukir. Kerusinya simple je. Tapi design ukiran tu, WOW! Nampak halus dan berseni dan ada style lah!


Projek yang ni pulak, seni ukiran khat. Selalu nampak yang pakai pen, kan? Yang ni ukir pakai kayu. Tetiba teringat pulak masa darjah tiga dulu, menang nombor dua dalam pertandingan menulis khat. Well, budak kecik jangan disangka tak reti tulis khat okay. In fact ustazah pon pernah puji tulisan kita cantik tau. Hihi...



Nnampak tak tools yang menyemak tepi-tepi tu? Hee..saje nak kasi nampak ada effort skit. Yang ini ukiran nama masjid untuk diletakkan pada meja penceramah/mimbar masjid.


Haaa...last but not least, yang ini projek ukiran kayu untuk dijadikan pembahagi masjid. Corak ukiran ni lebih kepada corak-corak bermotifkan geometri. Biarpun berasaskan geometri dan bukannya motif tradisioanal yang lebih curvy, mana-mana ukiran kayu tetap cantik di mata hatiku....hehe. Kalau corak mcm ni, kita pkai mesin lah. Pakai mesin ke, pakai tangan ke, mana-mana pon boleh. Yang penting cantik dan berkualiti tinggi!

Emmm....Takat ni je la che nak sembang-sembang pasai ukiran kayu ni. Kalau ada sapa-sapa nak buat projek berasaskan ukiran kayu, meh datang kat KWM Craft ye. Kami tunggu kehadiran anda!


Representative KWM Craft:

Haji: 012.798.6909
Hajjah: 012.658.8744
Firdaus: 013.202.3420
Sara: 011.1195.7717





Tuesday, 21 June 2016

Its Delivery Time!

Whiteboard "To-do-list" untuk bulan ni dah penuh. Some of the work are still ongoing. Some of them dah siap pon..

Dah siap, kita hantar la ape lagi! Hehehe...

Jom cekidout aktiviti penghantaran tempahan ke masjid-masjid.


Lokasi: Masjid Nurulhuda Batu 13 Puchong


Unloading barang tempahan dari lori.



Kami balut elok-elok barang-barang ni supaya tak calar semasa di dalam lori mahupon semasa proses unloading dari lori.


Kasi push-push sikit....hehe


Letak mimbar di tempat yang dikehendaki


Acu try test metar... :p




Lokasi: Masjid Jamek Alam Shah Kuala Lumpur




Kami menerima tempahan untuk kerusi, meja dan rostrum untuk penceramah.


Tak lupa juga, pembahagi ruang solat turut ditempah. Para pekerja sedang assemble  peralatan ini.


Dah siap...!




Lokasi: Surau Al-Sakinah Kuala Lumpur



Ukiran nama surau.


Whole look of the meja penceramah

Begitulah ceritanya tentang delivery ke masjid-masjid dan surau di sekitar Kuala Lumpur dan Puchong. Alhamdulillah, segala urusan penghantaran dipermudahkan semuanya. Lepas ni nak siapkan lagi tempahan-tempahan customer lain. Insya Allah semuanya akan di siapkan on-time.



Last but not least,  berikut adalah nombor Representative KWM Craft:

Haji: 012.798.6909
Hajjah: 012.658.8744
Firdaus: 013.202.3420
Sara: 011.1195.7717

Thursday, 16 June 2016

Depa kata, "Life is too short to wear boring stuffs"

Asslamualaikum Readers!

Baru lepas sahur ni. Hujan pulak tu. Sedap betoi kalau dapat tido. Hehe. Tapi, tak elok tido lepas subuh, nanti rezeki tak berapa nak murah. Lagipon baru lepas bedal 2 pinggan nasi goreng sahur tadi. Kalau tido mau boncit. Hihihi *ketawa  sopan*

Pantang hujan, time ni lah lutut sakit. Tak tau la apa kaitan hujan & sakit lutut ni. Sejuk agaknya. Muda-muda dulu tak pulak sakit lutut den ni. Adehhh...sakit betul nak berjalan. Nak bertongkat, rasa macam muda lagi. Padahal, stok tongkat kat kilang tu ade je. tapi...entahla...still rasa mcm nak control macho lagi. *batok....uhuk..uhuk*

By the way, cakap pasal tongkat ni kan, baru-baru ni kami ada lah terima tempahan tongkat custom made  diperbuat daripada dua jenis kayu; kayu kemuning hitam + kayu kemuning emas. Meh kami belanja gambar hasil tongkat yang dah siap buat:






Haa....what u guys think?

In my opinion, design ni memang nampak elegant. Gabungan warna hitam dan emas memang serasi dan umph! Saya pasti customer kami nampak WOW pabila menggayakan tongkat ini.

Well, some people said, "ala, tongkat je pon, pakai je la yang plastik/besi tu.". Tapi, for me, bertongkat pon harusla ada style! Plus, life is to short to wear boring stuffs, am I right? Contonhnya macam nak raya ni kan, kita dah pkai baju cantik-cantik, lawa-lawa, tambah plak dengan tongkat kayu, mesti nampak handsome dan ada style lah!  One thing for sure, kalau kita ditakdirkan perlu memakai alat bantuan berjalan, it doesn't mean that your fashion sense are gone forever...kannnnn? Lagipon, kayu ni bukan sembarangan kayu tau. Ini kayu eksotik okay. Susah tau nak cari kat ceruk hutan nun...Kualiti pon, terbaik...! *thumbs up*

Ok lah...dah..dah... Kalau nak cakap pasal fesyen ni, panjang pulak ceritanya nanti. :D

Ni nak tambah lagi koleksi tongkat yang ada kat kilang kami:

Yang ini adalah tongkat kayu kemuning bentuk original. gambarnya kami ambil sekerat je sebab agak panjang.

Yang ini pula tongkat dari kayu kemuning emas yang telah dibentuk dan ditambah kepala yang berukir. 

Yang ini pula tongkat Raja Kayu Putih yang telah kami gosok. Ada kepala yang berukir dan tidak berukir. Terpulang kepada pelanggan nak design kepala yang macam mana.

Tongkat Raja Kayu Merah yang kami telah gosok dan original form.
Hmm....Nampaknye hujan dah berhenti. Amacam? Cool tak tongkat-tongkat kami? Nak satu? Dial number dibawah untuk keterangan lanjut, okay!

Representative KWM Craft:

Haji: 012.798.6909
Hajjah: 012.658.8744
Firdaus: 013.202.3420
Sara: 011.1195.7717




Tuesday, 14 June 2016

Ramadhan Ikon Kekuatan Umat Islam

Berpuasa bukanlah halangan untuk bekerja, malah berpuasa adalah kekuatan umat Islam. Ini adalah kerana ibadah puasa dapat menguatkan jasmani dan rohani pengamalnya. Bukan itu sahaja, pada zaman dahulu, kebanyakkan peperangan berlaku di bulan Ramadhan pada zaman pimpinan Nabi Muhammad S.A.W.

Bercakap mengenai puasa dan kerja, memang tidak dinafikan lagi aktiviti pertukangan memerlukan physical strength, tetapi demi mencari rezeki yang halal, kami tempuhi jua. Maklumlah dengan panas terik, tak boleh minum air pulak tu... huhu.. kami sabar... dan apabila kami pikirkan semula, itulah sebenarnya yang menguatkan lagi semangat kami untuk berpuasa. Ye lah, orang dulu-dulu berperang tak complaint pun, jadi, kita sabar sahaja. Lagipun, apalah sangat rasa lapar dan dahaga itu jika dibandingkan dengan insan-insan lain diluar sana yang mungkin berpuasa sepanjang tahun. Alhamdulillah kami masih diberikan peluang untuk berbuka puasa dan makan makanan sedap-sedap yang dimasak oleh isteri tercinta. 

Dalam pada 10 hari kami berpuasa, kami masih gigih menyiapkan tempahan dari customers. Kebanyakkan tempahan adalah dari masjid dan surau dan juga individu lain yang nak update furniture rumah sempana Aidilfitri yang bakal tiba.

Tiba-tiba teringat, baju raya tak jahit lagi. Sempat kan nak jahit? hehe... 

Kali ni nak update sikit tentang suasana dikilang kami.

Seperti biasa, kilang kami beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Whiteboard "To do list", hampir penuh (boleh lagi selit a few projects). Hehe...


Pekerja-pekerja kami sibuk menyiapkan tempahan customer. Depa ni bukan saja-saja buat busy dalam gambar, tapi ini ialah senario sebenar dalam kilang.


Yang ini pulak, seni ukiran menggunakan mesin CNC untuk mengukir plat nama masjid diatas kayu.


Salah seorang pekerja kami fokus menyiapkan mimbar masjid. Nak tahu lebih lanjut tentang mimbar, boleh Klik Sini : Peralatan Masjid 6 Serangkai



Yang ini pula adalah tempahan meja menjahit oleh tukang Jahit. Baru sahaja selesai menghantarnya ke destinasi. [ Blog post terdahulu tentang meja tukang jahit, klik sini ]


Kami juga telah selesai menghantar meja dengan design yang unik ke rumah customer. [ Blog post terdahulu tentang meja unik, klik sini ]


Ahad lepas, kami sempat berbuka puasa di Bayou Cafe, Cyberjaya. Owner juga merupakan salah seorang customer kami yang menempah beberapa dulang kuih. Boleh klik link ini untuk keterangan lanjut mengenai dulang.[ Blog Post: Siapa kata kayu tidak boleh buat hantaran? ]


Suasana di Buyou Cafe, Cyberjaya. Makan sedap, puas hati dengan harga bufet. Alhamdulillah. 


Petang tadi pula, kami menerima kunjungan yang tak disangka-sangka oleh seorang Tuan Haji Ahmad Nor Sulaiman. Beliau juga ada membuat beberapa tempahan dengan kami.


Malamnya, kami berbuka pula dengan buah Tin,  hasil tanaman isteri di garden "Taman Nilam Tin". Buah Tin ni berlainan tekstur dan rasanya berbanding dengan buah-buah yang biasa kita makan. Kalau dapat rasa yang fresh, rasanya memang umph! boleh memukau siapa sahaja yang merasainya. Terdapat pelbagai spesis pokok Tin di garden kami. Lain spesis lain rasanya. Yang pasti semuanya delicious sehingga menjilat jari. Boleh usha-usha pokok tin di Facebook Rohani Abd Aziz. Post lain mengenai rak tanam pokok boleh KLIK SINI.

So far, itu sahaja update mengenai aktiviti di kilang kami. Ramadhan tinggal lebih kurang 20 hari lagi, jadi, marilah sama-sama kita manfaatkannya. Bulan Ramadhan bukan alasan untuk banyak tidur, tapi alasan untuk buat lebih banyak kebaikan dari sebelumnya kerana pahala yang kita dapat berlipat ganda. Apa lagi, jom beribadah pula! Tata Titi Tutu...

p/s: Representative KWM Craft:

Haji: 012.798.6909
Hajjah: 012.658.8744
Firdaus: 013.202.3420
Sara: 011.1195.7717

Monday, 13 June 2016

Dapatkan Black Gold Kemuning Series di LAZADA sekarang!

Assalamualaikum readers!

Siapa-siapa yang kaki beli barang online mesti kenal siapa Lazada kan? Haaa.... Lazada ni adalah kedai yang jual barang-barang online. Sejak ada Lazada ni hidup senang ckit. Bukan apa, tak payah dah nak susah-susah nak pi kedai, nk pikir tang mana nak parking, sekilometer pulak berjalan nk menyampai ke kedai lagi... penat gitu! Tu belom nak usha-usha barang lagi..hihihi (bercakap melalui pengalaman)

Sebab itulah sekarang ni, selain dari berhubung direct dengan representative  dari KWM Craft, anda boleh mendapatkan sesetengah dari produk kami secara online di Lazada. Ya! Di LAZADA! Kami tak main-main.

Kalau tak percaya, ce type "Black Gold Kemuning" kat search bar kat lazada.com.my, anda akan mendapati terdapat empat produk utama yang berasaskan Kemuning dijual di Lazada.

Screenshot produk-produk kami di Lazada



Antara produk-produk kami yang telah berada di pasaran Lazada:










So, apa lagi, cepat-cepat la ke Lazada dan dapatkan mana-mana Black Gold Kemuning Series bagi keperluan harian anda!

Anda boleh terus click pada nama-nama produk di atas, dan anda akan terus ke laman Lazada untuk usha-usha & proceed unt membeli :)

Perlukan lebih maklumat? Hubungi:

Haji: 012.798.6909
Hajjah: 012.658.8744
Firdaus: 013.202.3420
Sara: 011.1195.7717

Sunday, 12 June 2016

Berita Terkini: Kursus Asas Seni Larik

Assalamualaikum semua .......

Kwm craft akan menganjurkan kursus asas seni larik seperti butiran berikut:

Tarikh cadangan : 23 hb Julai 2016 (Sabtu minggu ke 3 Syawal)

Masa : jam 9 pagi ke 3 petang

Tempat : KWM Craft HQ di dengkil, selangor

Yuran kursus : RM250 seorang (makanan dan minuman disediakan)

1. Objektif
 Untuk memberi pendedahan asas teknik dan cara melarik kayu untuk membuat produk
2. Tentatif kursus
    2.1 Pengenalan asas kepada seni larik
    2.2 Asas keselamatan penggunaan mesin larik dan yg berkaitan dengannya.
    2.3 Poduk-produk seni larik
    2.4 Praktikal asas dalam larikan
    2.5 Sesi menghasilkan produk sendiri berasaskan larikan.

Sesiapa yg berminat bolehlah whatsapp saudara Firdaus 0132023420.

Thursday, 9 June 2016

The Curves are Sexy!

Salam. Afternoon readers!

Hari ni nak update sikit pasal Kayu Kemuning Hitam. Ada stok Kemuning Hitam yang sangat rare di kilang kami.



Nampak unik kan? Bak kata omputih, the curves are sexy! Kayu kemuning hitam seperti dalam gambar ini adalah teras dari pokok kemuning hitam yang telah mati. Bentuk ini adalah bentuk asli yang terhasil daripada impak semulajadi keatas pohon kemuning yang telah mati itu. Teras pohon kemuning hitam ini telahpun kami gosok supaya nampak lebih berkilat. Disebabkan faktor pencahayaan, teras kemuning hitam dalam gambar ini tak nampak hitam sangat.

Design yang unik ini sesuai untuk dibuat perhiasan didalam rumah, letak atas meja kat ruang tamu menggantikan pokok bunga plastik ataupun diletakkan di ruang pejabat. Pasti tetamu anda tertarik melihat kayu kemuning hitam sebagai centerpiece di dalam rumah anda. Kemudian, boleh la anda jamu tetamu anda dengan Black Gold Kemuning Tea.



Black Gold Kemuning Tea ni adalah 100% dari kayu kemuning, tiada bahan pengawet mahupun bahan-bahan pemanis dan sebagainya. Kami tak campurkan bahan-bahan lain sebab nak preserve keaslian teh ini. Satu sachet boleh buat 3-5 liter teh, dan sachet tersebut boleh digunakan lagi sehinngalah hilang warna teh itu.

Blog post terdahulu mengenai Kemuning Hitam:
1. Black Gold Kemuning Tea: Link
2. Kayu Kemuning Hitam: Link
3. Tasbih Kayu Kemuning Hitam: Link
4. Teras Kayu Kemuning Hitam: Link

So, apa lagi...alang-alang nak raya ni, jom beli satu centerpiece letak kat ruang tamu, pastu jamu tetamu anda dengan Black Gold Kemuning Tea. Sila contact  mana-mana nombor dibawah. Jangan malu, jangan segan ye :)

Haji: 012.798.6909
Hajjah: 012.658.8744
Firdaus:013.202.3420
Sara:011.1195.7717




Tuesday, 7 June 2016

Tasbih: Alat Bantuan Berzikir

Hari ni dah masuk hari ke-3 kita berpuasa. Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan bulan Ramadhan yang mulia dan banyak keberkatannya. Antara amalan favourite di bulan Ramadhan mahupun pada hari-hari yang lainnya adalah berzikir. Amalan berzikir adalah salah satu amalan yang ringkas dan penting kerana ianya mengingatkan kita kepada Allah SWT.

Antara kalimah zikir yang paling saya sukai adalah,
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar & Lailahaillallah
Berzikir boleh dilakukan dimana sahaja, tak kira masa. Suka untuk saya kongsikan kepada para pembaca, saya suka menggunakan tasbih sebagai alat yang membantu untuk berzikir. Berzikir tidak semestinya memerlukan tasbih, tetapi dengan melihat tasbih, hati akan terdetik untuk berzikir. Maklumlah, sebagai manusia biasa terlalu banyak tugasan dunia yang difikirkan sehinggakan alpa untuk mengingati Allah yang Maha Esa.



Sebab itulah saya letakkan tasbih didalam kereta. didalam beg dan juga ditepi katil. Tasbih pula dalam bilangan 33 biji berdiameter 12mm, selesa untuk dipegang dan nampak comel. Tasbih boleh didapati dalam pelbagai jenis, ada manik, plastik, sabun wangi (buatan Turki) mahupun kayu. memandangkan saya adalah jenis yang meminati kayu, terutama kayu eksotik, tasbih saya diperbuat dari kayu gaharu ataupun kayu cendana; kerana aroma kayunya harum seperti minyak wangi.

Minat terhadap kayu eksotik memanggil saya untuk membuat tasbih sendiri di kilang. Setakat ini, ramai yang berkongsi minat yang sama terhadap kayu eksotik memilih untuk mengunjungi KWM Craft untuk mendapatkan tasbih yang diperbuat daripada kayu eksotik.

Antara jenis kayu eksotik yang menjadi pilihan untuk dijadikan tasbih adalah:
1. Kayu Kemuning Hitam
2. Kayu Kemuning Emas
3. Raja Kayu Merah
4. Ketengge
5. Kayu Teras Kelor
6. Kayu Arang Bunga
7. Kayu Penawar Hitam


Tasbih 99 biji






Tasbih 33 biji


Campuran 3 jenis kayu dalam satu tasbih



Sampel biji-biji tasbih yang telah siap dibentuk









Kepala Tasbih





 Amalan bertasbih tidak seharusnya dilakukan hanya pada bulan Ramadhan tapi haruslah dijadikan amalan harian. Marilah kita bertasbih untuk mengingati Allah SWT.

Subhanallah, Alhamdullilah, Allahuakbar, Lailahaillallah

Wakil KWM Craft sedia membantu jika anda mmepunyai pertanyaan mengenai tasbih dari Kayu Eksotik:

Haji: 012.798.6909
Hajjah: 012.658.8744
Firdaus:013.202.3420
Sara:011.1195.7717