Lokasi Kilang Dan Bengkel




LOKASI BARU BENGKEL = Berhampiran Wetland Dengkil dan Taman Topaz Dengkil





Untuk membuat sebarang perjumpaan, sila membuat 'appointment' terlebih dahulu untuk memudahkan pihak kami dan anda untuk berurusan. Sila hubungi no tertera untuk membuat 'appointment' atau perjumpaan.

Hj Isa : +60127986909 whatsapp / viber / call / sms
Hajjah : +60126588744 whatsapp / call /sms


Email : hjisabnu29@gmail.com

Tuesday, 30 August 2016

Pusat ukiran cnc berkomputer setempat anda

Assalamualaikum semua....kami di KWM Craft senantiasa memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda dan pelanggan dengan memperkenalkan produk2 yg cantik, menarik dan mampu milik... kepada peminat2 ukiran kayu tradisi dan kotemporari boleh mendapatkan khidmat kami di KWM Craft
Mesin Lathe CnC yg mampu melarik kayu dan besi atau logam sedia berkhidmat
Hasil gabungan tradisi dan moden akan memastikan KWM tetap relevant dalam industri seni kayu di Malaysia
Dengan keluasan permukaan sebesar 6 kaki x 6 kaki kita mampu utk menghasilkan panel ukiran atau tulisan diatas papan utk memenuhi permintaan pelanggan.

Kami sedia menerima tempahan anda untuk ukiran lathe atau engraving bunga atau tulisan
Kami akan merialisasikan impian anda utk mengabadikan logo syarikat atau nama anda diatas kayu ...sila pm atau whatsapp hj isa 0127986909 untuk keterangan lanjut.


ukiran nama atas besi
Milling CnC utk kerja2 tempahan anda



Sunday, 14 August 2016

Projek Silhouette Kayu: Sajak Bapa kepada Anaknya

Assalamualaikum.

Alhamdulillah Allah madih meminjamkan masa untuk kita bernafas pada hari ini.

Saya nak berkongsi projek silhouette kayu pada pagi ini. Sajak seorang bapa kepada anaknya. Menurut customer, sajak ini di dedikasikan kepada beliau oleh arwah bapanya.




Sajak, nampak old school bgi golongan muda, tetapi nilai estetika bagi sebuah sajak sangat bernilai bagi yang tahu menghargainya.

Jom kita mulakan hari Isnin ini dengan ucapan Bismillah dan diakhiri dengan Alhamdulillah di penghujung hari.



Tuesday, 9 August 2016

Artifak Simbolik : Cokmar (The Mace)



Assalamualaikum.
Baru-baru ini kami menerima tempahan untuk membuat cokmar. University. Siapa sangka, ada lagi rezeki kami untuk  membuat cokmar universiti. To date, banyak jugak la kami terima tempahan untuk cokmar universiti ni.

Ada customer yang datang bawak design sendiri, ada jugak yang minta kami designkan. Bagi kami, tiada masalah untuk kami design kalau anda tak tahu bagaimana nak mereka bentuk cokmar, lebih-lebih lagi untuk universiti.  Maklumlah, reka bentuk cokmar menggabungkan reka bentuk kotemporari,  tradisioanal dan keislaman, macam pening kalau nak design sendiri kan? Kami yakin untuk melakar design bagi customer kerana BiG Boss merupakan graduan Arkitek, anak pula graduan reka bentuk dalaman. Alhamdullillah untuk ilmu Allah, dapatlah kami  berikan design yang terbaik untuk para customer kami.

Kepada yang tak tahu apa itu cokmar;

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, cokmar ialah  tongkat yg biasanya disalut dgn logam serta berukir indah dan digunakan sbg tanda kebesaran atau kekuasaan (dlm upacara-upacara tertentu spt sewaktu memulakan persidangan parlimen dsb).

Cokmar dari segi sejarahnya adalah merupakan alat senjata yang diubah fungsi dan bentuknya menjadi simbol kebesaran dan kuasa. Menurut sejarah penganugerahan ijazah sesebuah universiti, cokmar dijadikan simbol kebesaran dan kuasa di dalam istiadat konvokesyen. Cokmar ini juga menandakan kuasa Canselor sebagai ketua universiti. (sumber)

Yang ini adalah gambar cokmar yang baru sahaja kami hantar kepada customer. Ini merupakan salah satu daripada design yang ringkas yang pernah kami buat.



Yang ini pula design cokmar yang lebih kompleks:


 Kalau ada yang berminat untuk menempah cokmar seperti diatas, boleh lah calling-calling kami ye. 



Representative KWM Craft:

Haji: 012.798.6909
Hajjah: 012.658.8744
Firdaus: 013.202.3420
Sara: 011.1195.7717

Monday, 1 August 2016

Kami nak jual, ada tak yang sudi nak beli?

Assalamualaikum semua!

Hari ni hari Selasa, so, no more Mondays blues!~ hikhik. So, kami pun bertambah semangat  dan berbesar hati nak jual 2 jenis kayu ni untuk sapa-sapa yang berminat.

Pertama:

Oriented Strand Board atau nama popularnya, OSB board dari Germany baru je sampai di kilang kami, bersusun-susun gitu. Saiznya 8 kaki x 4 kaki dgn ketebalan dari 8mm, 10mm, 12mm, dan 19mm. Macam-macam boleh buat, contohnye macam kabinet, meja, papan dinding dan macam-macam lah yang boleh dibuat menggunakan kayu ni.

Nak tau rupe OSB Borad ni camne? Bolehlah rujuk gambar dibawah/;


Item yang kedua pulak:

Ini ialah Kayu Pine dari Sweden (dari jauh dia mai) anak dara lagi bukan secondhand ye, siap ketam lagi. Ada macam-macam size yang boleh dipilih dan untuk kegunaan anda semua!


Haaa..ape lagi? calling-calling or Whatsapp or call kami untuk keterangan lanjut. :)

Representative KWM Craft:

Haji: 012.798.6909
Hajjah: 012.658.8744
Firdaus: 013.202.3420
Sara: 011.1195.7717